Cari pasal.

Assalamualaikum Orang2 PH

Sepanjang jalan tadi dari Kuantan ke Pekan pergi balik saja2 kami jalan2 cari pasal.

Aku bawa kereta dan penumpangnya dua orang yg aku tau orang kuat PH dan penyokong Tun M dan seorang lagi penyokong BN.

Bila aku mula cakap semuanya hanya mendengar tak berani bangkang mungkin sebab aku Bos dan Otai agaknya.

Aku beri tau.
Ini bukan soal Tun M betul atau salah, ini sudah masuk soal melayu sedang di cucuk hidung oleh DAP.

Tun M sudah terikat kakitangan nya, kalau nak terus menjadi PM dia mesti menuruti kehendak DAP yg ada 42 kerusi dan kehendak PKR yang ada 47 kerusi.

Bungaraya hanya ada 12 kerusi sahaja, ingat tu .
Dimana logiknya tanah ini adalah Tanah Melayu, kita ada Raja dan rakyat terbanyak adalah melayu dan bumiputera, Agama resmi adalah Islam, Bahasa resminya adalah Bahasa Malaysia.

Tetapi hari ini MARA pun kena ikut cakap bukan melayu, Askar pun dah kena tabik kat Tim.
Menteri cina, harta dan kewangan negara dicaturkan oleh cina, lantik AG yg tak tak tau berbahasa Malaysia, sijil pun nak iktiraf yg tidak berbahasa Malaysia, yang menjaga media dan penerangan dijaga oleh bukan Melayu.
Dimanakah kedaulatan Melayu yg tinggal? sila awak jawab? .. Mereka diam tak kata apa2 ..
Aku menambah lagi ..
Diawal2 Tun M sebelum jadi PM duk serang kerajaan China dalam kes MCKIP dan ECRL kononnya negara digadai bagai.
Bila menang dan jadi PM, negara China tarik diri sekarang apa sudah jadi?
China baru tunjuk sikit jer tak nak beli sawit dan komoditi lain kita dah tersungkur .. pelabur cabut, saham merundum, duit jatuh .. yang merana nya siapa? peneroka hilang pendapatan, usahawan yg cari makan dgn projek jatuh terlentang, melayu makin tertekan.

Selepas itu, Elok2 kita ada GST yang dapat digunakan sebagai sumber bantuan subsidi bersasar dengan hasilnya, semua hilang,TunM batalkan, lepas tu ganti dengan SST yg cukai boleh di tipu peniaga sehingga LGE kata walau cukai 16% tapi kutip hanya 21B berbanding GST RM44B .. siapa peniaga tu? bukan kah bangsa cina yg ramai peniaga? barangan terus mahal tak ada GST pun tetap naik.. siapa yg paling teruk tertekan? bukan kah Melayu sebagai pengguna teramai?

Sekarang siapa yg rugi? Melayu juga kan? sebab tak dapat subsidi bersasar hasil GST itu kebanyakannya Melayu, BR1M tak ada, bantuan nelayan/petani tak ada, peneroka nak dapat bunus pun ciput, bantuan2 lain makin mengecil dan ditiadakan.
Semuanya Melayu yg kena tekan.

Lepas itu pulak duk hentam 1MDB tetapi sampai sudah tak ada bukti, akhirnya orang Melayu dan Islam yg boleh pergi haji percuma pun kena batal!
Lebih malang kerana hentam Raja Arab Saudi pasal derma 2.6B sampai kata penderma tu gila akhirnya kouta haji dari 42,000 turun kepada 32,000 jer yg dapat pergi haji .. itu lah akibat sombong dan ego tak bertempat kerajaan PH. nampak tak?

Nak sangat tunjuk DS Najib jahat sampai kata negara nak bankrap, sedangkan rezab negara yg ditinggalkan RM430B lebih kurang sama dengan 2 tahun belanjawan negara. Hutang sekadar 51% KDNK berjumlah RM686B tetapi duk ubah konon 1 Trillion lepas tu suruh rakyat derma kononnya negara miskin.
Kegilaan apa kah ini semua? kerana ghairah nak tunjuk negara teruk tanpa sedar pelabur lari, saham menjunam, ringgit tersungkur.. Kebodohan apa kah ini yg Kerajaan PH nak buktikan? Sila lah hujah.

Kalau lah awak orang dan penyokong PH yg berbangsa Melayu masih tak sedar perkara ini maka sah lah awak orang ni buta, pekak dan tiada perasaan terhadap Bangsa Melayu dan Islam!

Tetiba2 berbunyi suara salah seorang penyokong Tun M ..
Bos .. kami tau kami silap bos.. kami tak sangka ini begini jadinya kepada Melayu .. Kami tertipu.
******************
Wahai orang2 Melayu,, INGATLAH.. perkara yg telah berlaku Tak pe lh..biarlh ia berlalu… nasi sudah menjadi bubur, telajak perahu blh diundur, telajak memilih PH ini lh padahnya… Yang dah pergi biar pergi dan yg dah berlalu biarkan berlalu.. kita belajar dari kesilapan. Kita bina hidup baru dan bina negara yg baru. Semua org melayu harus bertekad utk bersatu mengambil tampuk pemerintahan negara dari pada Komunis DAP…
Tuan/puan, Samaada kita sedar atau tidak negara kita sebenarnya telah di kuasai olh Parti Komunis DAP.. pemimpin2 melayu dlm PH hanya menjadi kambing hitam je… Olh itu kita bertekad utk bersatu menjadikan negara ini sebuah negara Islam Contoh dan disegani olih negara2 seluruh dunia. Pemimpin2 BN/PAS mesti berkerja sama dlm menentukan hala tuju negara yg dicintai dn kita org melayu mesti menyokong sepenuhnya hingga mencapai cita2 rakyat. Jangan ragu2 dan jgn pandang kebelakang lagi… Buang yg keruh ambil yg jernih.. Ayuh terus kan perjuangan mengejar cita2 dan kita buktikan kerjasama ikhlas serta mempastikan kemenangan berikutnya dlm PRK Dun Semenyih bulan hadapan…Hidup Melayu, Hidup Islam…
ALLAHUAKBAR!!!!

Advertisements